Wednesday, February 4, 2009

PAS: Antara retorik, persepsi dan realiti

Pilihanraya umum tahun lepas memperlihatkan parti PAS mengetengahkan idealisme sahsiahnya menerusi slogan PAS Untuk Semua. Parti Islam ini turut menurunkan R Kumutha, seorang calon bukan Islam sebagai calon DUN Tiram, Johor. Walau bagaimanapun, Kumutha tewas di tangan Maulizan Bujang dari UMNO (sebanyak 8,178 undi. Soalannya kini adalah sejauh mana slogan PAS untuk Semua direalisasikan? Berapa banyak isu – isu kaum bukan Islam yang telah diperjuangkan oleh PAS sejak Mac 8? Apakah PAS Untuk Semua cuma retorik politik semata – mata? Persoalan ini dikupas oleh Malaysiakini.

Dr Dzulkefly Ahmad: Pengarah Pusat Kajian PAS & Ahli Parlimen Kuala Selangor

S: Adakah slogan PAS yang digunakan dalam pilihanraya umum retorik semata – mata?

Tidak sama sekali. PAS Untuk Semua bukan retorik. Ia merupakan asas kepada political conviction dan kepercayaan agama. Sistem keadilan adalah suatu elemen yang sejagat. Ia juga selaras dengan konsep rahmatalilamin. Islam adalah mercy dan rahmat kepada umat manusia sejagat. Ia merupakan suatu premis di atas conviction.

Tadbir urus yang baik, keadilan dan kesaksamaan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup adalah merupakan usaha – usaha yang diperjuanagkan melalui konsep PAS Untuk Semua.

Semua ini dibuat berdasarkan 2 prinsip Islam iaitu al – iskhtilaf dan al – istikmar. Al – iskhtilaf merujuk kepada tadbir urus kerajaan. Ia merupakan ‘buzzword’ dalam Islam yang sinonim kepada ‘competency, kewibawaan dan ketelusan’. Al iskhtilaf turut meliputi pengedaran kekayaan yang adil, keadilan dan menentang pembaziran. Semua ini ditonjolkan menerusi manifesto pilihanraya parti PAS.

Al – istikmar pula merujuk kepada usaha ke arah kemakmuran. Kerajaan seharusnya berusaha memakmurkan rakyat seperti mana yang disebutkan dalam surah Al-Hud ayat 61.

S: Sejauh manakah PAS telah merealisasikan slogan ini? Jika kita lihat parti DAP, saudara Lim Guan Eng telah mengorbankan kebebasan demi untuk mendapatkan keadilan untuk seorang gadis bawah umur yang telah mendakwa dirinya dirogol. Saya tidak melihat sebarang tindakan sedemikian rupa dari PAS.

Mungkin anda tidak mengikuti perkembangan PAS. Tokong Buddha terbesar terletak di Kelantan. Kami di PAS berusaha ke arah mencapai penggabungan kepelbagaian budaya dan agama. (‘embodiment of religious and cultural plurality’)

Di negeri Kelantan, Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat merasmikan pembukaan tempat beribadat masyarakat bukan Islam. Ia merupakan tanggungjawab kami.

Selain itu PAS turut mempertahankan hak demokratik rakyat belajar matapelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan Tamil. Kami juga turut mempertahankan hak – hak kumpulan yang telah tertindas seperti masyarakat India dan kumpulan HINDRAF. PAS telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan terhadap kumpulan – kumpulan tertindas di Parlimen.

S: Bagaimana pula dengan bantahan PAS Wilayah terhadap konsert – konsert artis?

Kami di PAS menerima baik kepelbagaian. Islam sendiri menggalakkan kepelbagaian. Terdapat 4 aliran di dalam Sunni Islam iaitu Hambali, Shafie, Maliki dan Hanafi

Dalam isu fatwa yoga dan demonstrasi di pekarangan Majlis Peguam, saya mempunyai pandangan yang berbeza sama sekali. Saya turut menyuarakan perbezaan pandangan ini kepada Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub. Kumpulan Pusat Penyelidikan PAS menentang pengharaman forum Majlis Peguam tersebut kerana ia memberi gambaran bahawa Islam terkongkong dalam ‘siege mentality’.

PAS perlu menjadi lebih ‘savvy’. Kami faham pemodenan dalam konteks Islam. Jika pemodenan membawa kepada peningkatan taraf hidup, kami akan turut menerimanya dengan hati terbuka. Jika pemodenan membawa kepada gejala – gejala seperti lesbianisme, maka kami akan menentang pemodenan tersebut. Kami pasti masyarakat India dan Cina akan turut hyper - pemodenan yang sebegitu rupa.

Berbalik kepada isu konsert, kami merupakan kumpulan Islamis, demokrat dan urbane dan turut menganjurkan konsert – konsert untuk anak – anak muda.

S: Apakah tahap sambutan yang diberi kepada Kelab Penyokong PAS dari masyarakat bukan Islam?

Sambutan yang diterima adalah amat baik sekali. Di kawasan Kuala Selangor sendiri, jumlah Kelab Penyokong PAS melebihi jumlah cawangan PAS. Terdapat 33 kelab berbanding 28 cawangan.

Pada satu masa respon yang diterima sangat teruk kerana pelbagai kempen dari UMNO dan Barisan Nasional. Pusat Kajian PAS bertekad mengubahnya. Justeru itu, usaha – usaha ini dijalankan. PAS tidak menakutkan rakyat, malah kita berusaha untuk berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat.

S: YB telah menyatakan bahawa Islam mementingkan kesaksamaan. Walau bagaimanapun dalam konteks PAS, Kelab Penyokong PAS tidak setaraf dengan Dewan Ulama dan Muslimat. Bila Kelab ini akan dinaiktarafkan kepada Dewan?

Idea kelab ini adalah sangat baru. PAS masih belajar. Pada masa sekarang, terdapat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat. Selain Kelab Penyokong PAS yang tidak mempunyai status, Nisa tidak mempunyai status dewan. Ia merupakan organisasi yang menyerupai Puteri UMNO.

Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Rawa telah pun mencadangkan penubuhan dewan penuh untuk kelab penyokong. Ia merupakan satu fenomena baru bagi kami di PAS untuk menerima penyokong PAS bukan Islam. PAS kini mengorak langkah ke arah menjadi ke arah menjadi parti yang lebih nasional dengan menerima masyarakat bukan Islam.

Sebenarnya kami terutamanya golongan muda di dalam PAS mempunyai pemikiran terbuka dan mengalu – alukan pemberian status Dewan untuk Kelab Penyokong PAS. Golongan ulama masih belum menerima politik baru ini di mana kita mengamalkan constructive engagement. Kelab Penyokong PAS sekarang akan dinaiktaraf kepada Dewan sebelum pilihanraya umum seterusnya. Kami sebenarnya masih mengorak langkah dalam era politik baru. Justeru itu, ia akan mengambil masa.

PAS juga telah memulakan kempen “Kita Bersaudara” di seluruh negara. Jika diteliti, terhadap tiga tahap kesatuan (brotherhood). Peringkat pertama ialah kesatuan etnik; kedua, kesatuan ummah dan ketiga, kesatuan kemanusiaan (brotherhood of humanity).

Satu perkara yang harus difahami di sini adalah kami tidak berniat untuk mengIslamkan rakan – rakan bukan Islam yang menyokong PAS. Itu bukan objektif kami. Dua perkara yang saya harus ditekankan disini adalah pertamanya Islam adalah perkara yang berkaitan dengan kepercayaan umat Islam. Perkara yang kedua pula ialah kesaksamaan sejagat. Ciri – ciri kesaksamaan sejagat inilah yang dikongsi bersama dengan penyokong PAS bukan Islam.

Pendekatan yang turut merangkumi masyarakat bukan Islam yang pertama dalam dunia moden. Negara – negara Timur Tengah sendiri tidak mempunyai pendekatan sebegini. Inilah yang dimaksudkan dengan pendekatan kepelbagaian politik.

S: Sekiranya Kelab Penyokong PAS diberi taraf yang sama, tidakkah PAS akan kehilangan status Islamnya?

Tidak sama sekali. Dalam sejarah Islam, perlembagaan pertama digubal di kota Madinah. Madinah merupakan kota yang mempunyai pelbagai ahli masyarakat. Masyarakat merupakan pengikut agama Al – Kitab iaitu Yahudi dan Kristian. Nabi Muhammad s.a.w turut melibatkan ahli masyarakat Yahudi dan Kristian. Baginda menggelarkan keterlibatan ini sebagai ummatuliwahuda. Ini adalah selaras dengan kesatuan kemanusiaan.


Dr Mujahid Rawa: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Ahli Parlimen Parit Buntar


S: Bilakah kempen PAS Untuk Semua dilancarkan?

Ia dilancarkan dalam bulan September 2007. Beberapa bulan sebelum itu, kami di PAS telah menganjurkan pertandingan logo PAS Untuk Semua. Logo tersebut melambangkan PAS adalah parti berbilang kaum dan adalah untuk semua kam di Malaysia. Logo tersebut juga melambangkan perjuangan PAS untuk menyatukan rakyat sebagai rakyat bangsa Malaysia.

S: Terangkan usaha ke arah penubuhan Kelab Penyokong PAS.

Usaha ke arah penubuhan kelab ini bermula dalam tahun 2005. Idea kelab ini datang dari para penyokong bukan Islam. Kelab merupakan persada yang tidak rigid, mudah dan lebih ‘relaxed’.

Usaha ini diterajui oleh oleh Biro Perpaduan Nasional yang saya terajui. Kami telah memulakannya denagn mengadakan sesi dialog dan perbincangan dengan masyarakat bukan Islam.

Satu jawatan kuasa kawalan di peringkat pusat telah ditubuhkan untuk membolehkan ahli – ahli kelab berhubung terus kepimpinan PAS. Rancangan outreach yang dijalankan adalah atas daya usaha ahli kelab sendiri.

PAS menggalakkan ahli kelabnya menjalankan aktiviti outreach kepada ahli masyarakat mereka sendiri. Usaha mereka menunjukkan bahawa masyarakat bukan Islam mempunyai kepercayaan dalam perjuangan yang didukung PAS.

Di peringkat pusat ia diusahakan dengan lebih giat apabila PAS pusat meluluskan ‘bill of national unity’. Pada peringkat awal usaha yang dibuat lebih bertumpu kepada masyarakat Cina.

Di peringkat operasi terdapat Kelab Penyokong PAS Cina dan Kelab Penyokong PAS India. Kami turut membuka Kelab Penyokong PAS Iban di Sarawak. Kelab – kelab ini berada di bawah Lajnah Perpaduan Nasional.

S: Berapakah jumlah ahli Kelab Penyokong PAS?

Pada masa sekarang terdapat 20,000 ahli.

S: Apakah komen Doktor berkenaan dengan taraf kelab berbanding dengan Dewan di dalam PAS?

Kami di PAS mementingkan kesamarataan. Pada masa sama saya sedar bahawa bahawa perlembagaan parti hanya membenarkan orang Islam menjadikan ahli penuh parti. Terdapat panggilan untuk menaiktaraf kelab kepada status dewan. Saya juga mahu ahli kelab komited dalam perjuangan PAS.

Dari segi keahlian, ahli – ahli kelab boleh diberi keahlian penuh atau ‘associated membership’.

S: Adakah ini bermakna kita boleh menyaksikan kemunculan ahli Senat, Parlimen atau DUN dari PAS dari masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu di masa akan datang?

Ya. Kami boleh mencalonkan ahli kelab bukan Islam untuk mewakili PAS berdasarkan kepentingan parti.

Adakah PAS telah menjalankan sebarang rancangan sebelum tahun 2005 untuk mendekatkan parti dengan masyarakat bukan Islam da bukan Melayu?

Usaha pertama bermula dalam tahun 1980-an menerusi Majlis Perundingan di mana PAS telah berusaha ‘reach out’ pengundi Cina. Sekitar awal tahun 1990-an pila Biro Perpaduan Nasional ditubuhkan dan biro ini telah menjalankan aktiviti ‘outreach’ menerusi dialog dengan masyarakat Cina. Pusat Hubungan Antara Budaya pula beroperasi sekitar 1990an.

Kelab yang ada sekarang mempunyai impak yang lebih berbanding usaha – usaha di masa lepas. Kelab penyokong telah berjaya ‘swing’ undi masyarakat Cina. Di kalangan masyarakat India kumpulan Makkal Sakthi muncul dalam bulan Oktober 2007. Pada masa itu Kelab Penyokong PAS yang diterajui ahli masyarakat India sudah pun mula beroperasi.

PAS tidak memberikan reaksi pada ketika itu atas sebab – sebab politikal. Lagipun PAS merupakan parti pro-aktif.

S: Selain program PAS Untuk Semua dan Kelab Penyokong PAS adakah terdapat kempen lain?

Dewan Muslimat PAS turut menjalankan kempen “Kita Bersaudara”. Fokus kempen Kita Bersaudara diambil dari kempen PAS Untuk Semua iaitu keadilan dan kesaksamaan.

No comments: