Wednesday, January 20, 2010

Persoalan perundangan dan hiburan berkaitan 'Allah'

Umum kini dimaklumkan perihal fatwa yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Dalam perkembangan terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan 'Allah' boleh digunakan di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Yang menariknya, meskipun lampu hijau terhadap penggunaan 'Allah' telah pun diumumkan, fatwa yang melarang penggunaan kalimah ini oleh golongan bukan Islam tetap wujud.

Mengapa fatwa dirujuk untuk mengekang penggunaan nama 'Allah' sedangkan fatwa yang diumumkan Majlis Fatwa Negara hanya boleh digunapakai terhadap rakyat beragama Islam?

Masyarakat bukan Islam tidak dibendung undang-undang syariah tetapi oleh undang-undang sivil.

Jika sekalipun fatwa dijadikan enakmen di negeri -negeri yang bersultan, enakmen itu akan menjadi enakmen syariah.

Selain itu, terdapat satu lagi persoalan yang akan timbul sekiranya pengharaman penggunaan kalimah di kalangan bukan Islam dikuatkuasakan.

Lagu Hindustan ini umpamanya menggunakan kalimah ‘SubhanAllah.

Adakah ini bermakna lagu ini boleh dinyanyikan oleh masyarakat Islam semata-mata?

Adakah pihak berkuasa akan menapis bahagian lagu tersebut?

Jika sekalipun tapisan dibuat, lagu tersebut masih boleh diperoleh dari laman sesawang seperti Youtube.

Harus diingati juga penapisan atau pengharaman hasil ini akan turut menggalakkan kegiatan cetak rompak.